Verstappen tawan GP Itali

12 Sep 2022 • 10:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Verstappen menjuarai GP Itali di Monza pada Ahad.

PEMANDU sensasi Red Bull, Max Verstappen menawan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Itali di Monza pada Ahad.

Kejayaan tersebut meletakkan pelumba itu semakin hampir untuk meraih gelaran kedua berturut-turut F1.

Verstappen menang pertama kali di Monza dan juara kali kelima GP berturut-turut selepas bermula di petak ketujuh meninggalkan Charles Leclerc pada hari yang sukar buat Ferrari.

Tidak bernasib baik. Semua orang mahu menamatkannya dengan bendera hijau, tetapi malangnya, kami kurang pusingan.

"Namun saya tetap gembira dan tidak berasa bimbang," ujar Verstappen.

Perlumbaan tamat dengan diiringi ejekan penonton, manakala pemandu menamatkan enam pusingan terakhir di belakang kereta keselamatan selepas Daniel Ricciardo mengalami masalah enjin dan tersadai di tepi trek.

Pemandu dari Belanda itu ketika ini 116 mata di depan pemandu Ferrari, Charles Leclerc dalam carta pemandu.

Verstappen berpeluang mengekalkan gelarannya di Singapura bulan depan selepas memenangi perlumbaan ke-11 musim ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved