
TAWAU: Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata program Rumah Mesra SMJ adalah inisiatif kerajaan negeri yang menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dengan 22 rumah akan dibina untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Sekiranya terdapat veteran tentera yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah kerana mereka dikategorikan sebagai senarai eKasih atau di bawah kategori B40, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada wakil rakyat di setiap kawasan.
“Sekiranya mereka layak dengan syarat-syarat yang ditetapkan boleh mendapatkan rumah SMJ yang diperkenal oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuatat Agung Tahunan ke-33 Persatuan Veteran ATM ( PVATM) Cawangan Tawau di Dewan KD Sri Tawau di sini, Sabtu.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Nizam yang juga Penaung PVATM Cawangan Tawau dalam pada itu berkata beliau yakin kerajaan akan sentiasa melihat keperluan golongan veteran ATM dan berusaha menyelesai segala isu berkaitan termasuk isu pencen.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

