Nikmati Pemandangan Gunung, Camping Di Polumpung Melangkap View Di Sabah

10 Mar 2024 • 2:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bangun pagi, tengok gunung di depan anda

Nikmati Pemandangan Gunung, Camping Di Polumpung Melangkap View Di Sabah. Sekiranya anda berada di Kota Belud, Sabah dan anda ingin mencuba sesuatu baharu, anda boleh cuba mengunjungi Polumpung Melangkap View!

Sesuai untuk mereka yang ingin membuat aktiviti perkhemahan, tempat ini menawarkan pemandangan indah dengan air sungai mengalir directly dari Gunung Kinabalu!

image is not available
Nikmati Pemandangan Gunung, Camping Di Polumpung Melangkap View Di Sabah

Terletak sekitar 2 jam dari Kota Kinabalu

Campsite ini terletak di tepi Sungai Pantaran di Kampung Melangkap Baru di Kota Belud. Lokasi ini terletak sekitar 1 1/2 – 2 jam dari Kota Kinabalu dan 30 – 45 minit dari Pekan Kota Belud.

Apa yang menarik tentang tapak perkhemahan ini adalah anda boleh menikmati suasana kampung serta pemandangan yang menakjubkan, dilengkapi dengan air sungai jernih yang mengalir terus dari Gunung Kinabalu. Tengok gambar kat bawah ni, cantik kan?

image is not available
Nikmati Pemandangan Gunung, Camping Di Polumpung Melangkap View Di Sabah. Kredit: Facebook

Sekiranya anda mahu mencuba cara penginapan lain, tempat ini juga menyediakan homestay yang cukup selesa untuk anda!

Sesuai untuk berkelah

Bagi mereka yang ingin meluangkan sehari sahaja di sini, tempat ini juga sesuai untuk mereka yang mahu berkelah atau melakukan aktiviti BBQ. Anda juga boleh berenang dalam air jernih yang mengalir dari Gunung Kinabalu.

image is not available
Nikmati Pemandangan Gunung, Camping Di Polumpung Melangkap View Di Sabah. Kredit: Facebook

Untuk mereka yang mahu berkhemah tetapi tidak mempunyai barang yang mencukupi, jangan risau! Pihak mereka juga menyediakan alat-alat khemah dan anda juga boleh mempertimbangkan untuk bermalam di homestay mereka. Maklumat lanjut mengenai bayaran masuk dan homestay mereka, boleh layari laman Facebook atau nombor telefon untuk dihubungi di bawah.

Maklumat penting

Lokasi: Kg. Melangkap Baru 89158 Kota Belud, Sabah, Malaysia

Waktu Operasi: 8:00AM – 5:00PM

Hubungi mereka: +60 14-650 4122

Baca juga artikel yang berkaitan: