VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul

9 May 2024 • 4:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, beliau memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan itu.

“Selain model konvensional, VMG turut merancang untuk mengeluarkan kenderaan EV di Malaysia,” katanya.

Beliau yakin kerjasama itu akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena automotif serantau.

“Kalau dulu kita import Volkswagen, sekarang ni sesetengah model dah dipasang di Malaysia. Antara model yang dipasang di Malaysia ialah Touareg. Ini adalah kali pertama model Touareg dipasang di luar Eropah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved