Viber merupakan salah satu aplikasi permesejan yang mempunyai peminatnya sendiri. Aplikasi yang sinonim dengan warna ungu ini, hari ini memperkenalkan integrasi ciri AI melalui penggunaan teknologi OpenAI dalam usaha memudahkan pengguna merumuskan mesej dalam perbualan kumpulan.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna mengikuti perbualan dalam pelbagai kumpulan permesejan di Viber tanpa perlu membaca setiap satu mesej yang terlepas. Untuk peringkat permulaan ini, kecerdasan buatan terbina pada Viber boleh merumuskan sehingga 100 mesej yang belum dibaca, dan perlihatkan rumusan ringkas kepada pengguna.
Viber memperkenalkan ciri ini secara berperingkat di beberapa buah negara – pada platform iOS dan Android. Buat masa ini, Malaysia masih belum menerima sokongan ciri rumusan mesej ini.

