Microsoft Menguji Paparan Iklan Pada Menu Start Di Windows 11

TechnologyDigital
13 Apr 2024 • 8:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft kini mengumumkan mereka telah mulakan ujian paparan iklan dalam bentuk aplikasi yang dicadangkan untuk dipasang, pada bahagian menu Start di sistem operasi Windows 11. Pengiklanan ini diuji pada versi pembangunan Windows Insiders yang terbaru, dan ujian ini terhad di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

image is not available

Microsoft mengatakan sokongan ini hanya terhad untuk pengguna peranti peribadi sahaja, dan penggunaan peranti komersial yang diuruskan oleh organisasi tidak terkesan dengan ujian ini.

Pada masa yang sama, Microsoft menyatakan pengguna boleh mematikan ciri paparan pengiklanan ini melalui halaman tetapan di Windows 11.

Buat masa ini, paparan iklan ini hanya terhad di versi Windows Insider sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ujian ini akan diperluaskan kepada versi stabil atau sebaliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved