Vida Gagal Tahan Sebak Ketika Ziarah Pusara Arwah Nurly Sahirah, Bawa Pelajar Tahfiz Lihat Al-Quran Tulisan Tangan Arwah

LocalFamily & Parenting
11 Jul 2025 • 12:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida telah menziarahi keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman, salah seorang daripada 15 pelajar UPSI yang terkorban dalam tragedi nahas di Gerik pada 9 Jun lalu.

Menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram, Vida dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik saja melawat pusara salah seorang mangsa kemalangan bas pelajar UPSI, Nurly Sahirah.

image is not available

Dalam pada itu, usahawan itu turut berpeluang melihat sendiri al-Quran hasil tulisan tangan arwah Nurly.

Difahamkan, usahawan itu tida hanya berseorang, turut hadir bersamanya merupakan anak-anak tahfiz.

image is not available

Usahawan itu turut berkongsi keadaan ketika berada di pusara arwah Nurly dan menurutnya, sememangnya dia terhidu bau wangi seperti yang didakwa orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat Vida dan ada yang mengatakan usahawan itu juga pernah kehilangan anak, menyebabkan dia tidak dapat menahan air mata ketika berada di pusara arwah Nurly.

image is not available

 

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2025-06-25 18:06:24

Cik B Imbau Tragedi Kebakaran Ragut Nyawa 2 Abang, Kongsi Keadaan Vida - "40 Hari Mama Tak Makan, Tak Keluar Rumah"