Vida akui sebak, ziarah pusara arwah Nurly Shahirah – “Bau wangi semerbak sebaik melangkah”

11 Jul 2025 • 12:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Vida ziarah pusara Nurly Shahirah

Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida, meraih tumpuan warganet setelah meluangkan masa menziarahi pusara penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman yang maut dalam nahas bas di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu.

Vida ziarah pusara Nurly Shahirah

@datoserividaofficial

perginya terlalu cepat. Nurly Syahirah, pelajar UPSI, anak yang hebat, penuh harapan. Hari ni saya ziarah pusara awak, sayang. Air mata ni tak mampu ditahan. Damailah di sana #datosrivida #nurlyshahirah #nurlysyahirahazman

♬ original sound - - ,

Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman melawat keluarga arwah di kediaman mereka bersama anak-anak tahfiz yang turut mengikuti rombongan itu sebelum mereka bergerak ke tanah perkuburan lokasi arwah disemadikan.

“Perginya terlalu cepat, Nurly Syahirah, pelajar UPSI. Anak yang sangat hebat penuh dengan pengharapan.

“Hari ini saya ziarah pusara awak, sayang. Air mata ini tidak mampu untuk saya tahan. Damailah awak di sana,” kata Vida di TikTok pada Khamis.

image is not available

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menceritakan pengalaman sepanjang menziarahi pusara arwah disajikan dengan cuaca yang sangat indah dan terdapat satu haruman yang wangi ketika kaki mula melangkah ke tanah perkuburan.

“Masya-Allah diterangi cahaya yang begitu indah, bau wangi yang semerbak sebaik kaki melangkah, berehatlah awak di taman syurga” jelasnya.

Usahawan itu juga dilihat sempat membacakan ayat suci al-Quran sebagai hadiah buat arwah sambil duduk si sebelah pusara memegang batu nisan.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet tersentuh dengan keikhlasan Vida yang hadir bersama anak-anak tahfiz mendoakan arwah dan ada juga menyifakan usahawan itu memahami perasaan keluarga Nurly kerana sebelum ini beliau juga pernah berdepan situasi kehilangan anak-anak yang dikasihi.

Malah ada juga wargamaya memuji adab yang ditunjukkan oleh usahawan itu ketika menziarahi keluarga mangsa kerana tidak bermegah dengan harta yang dimiliki iaitu tidak menggunakan seutas emas walau satu pun di badan.

Keikhlasan hati seorang ibu

image is not available

Ibu yang pernah kehilangan

image is not available

Melawat tanpa seutas emas

image is not available

Untuk rekod, Nurly merupakan salah seorang yang maut daripada 15 penuntut yang terkorban dalam kemalangan sebuah bas membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.

Sumber: TikTok datoserividaofficial