Vida kongsi rahsia berjaya, utamakan keluarga & amal surah Al Imran

3 Apr 2024 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan popular, Datuk Seri Vida kongsi rahsia berjaya selepas diminta oleh dua orang wanita dari Indonesia ketika mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh usahawan yang berusia 53 tahun itu, dia memberitahu terdapat dua perkara yang sering diamalkan sejak bergelar sebagai seorang guru.

Vida kongsi rahsia berjaya

Jelasnya, dia sentiasa mengutamakan keluarga dan anak-anak dan juga mengamalkan surah Al Imran ayat 26 yang menjadi faktor kepada kejayaannya selama ini.

“Seorang hamba Allah dari Indonesia menghampiri saya dan bertanya tentang kejayaan saya. Apa amalan yang buat saya berjaya sehingga ke hari ini.

“Perkara pertama saya cakap dahulukan keluarga dan anak-anak, banyak berdoa untuk kita. Dan alhamdulilah saya amalkan dari saya kerja cikgu dulu Surah Al Imran ayat 26,” ujarnya.

Vida kongsi rahsia berjaya

image is not available

Terima kasih Datuk

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Vida kerana sudi berkongsi rahsia kejayaannya dan akan meluahkan rasa minat untuk mengamalkan surah tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga dapat umrah yang mabrur

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan Vida dipermudahkan dan berharap dapat mengerjakan ibadah umrah yang mabrur.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @datoserivida