Vida turun padang tonton aksi Kelantan, JDT

14 Jul 2023 • 10:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Vida dilihat semakin serius untuk menjadi pemilik Kelantan FC apabila turun padang menyaksikan pertembungan TRW menentang JDT di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida dilihat semakin serius untuk menjadi pemilik Kelantan FC apabila turun padang menyaksikan pertembungan The Red Warriors (TRW) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.

Anak kelahiran Tanah Merah itu duduk di sebelah pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Vida kekal dengan pendiriannya untuk menjadi pemilik Kelantan FC biarpun terpaksa berdepan ahli perniagaan muda, Erfan Akif Ruslan.

Beliau optimis mampu melakukan yang terbaik buat skuad The Red Warriors (TRW) kerana segala perancangan sudah berada dalam 'kepalanya'.

Untuk rekod, Vida pernah menaja Kelantan dengan nilai tajaan RM16 juta untuk tempoh 2016 dan 2017 yang turut menyaksikan Stadium Sultan Muhammad IV bertukar warna kepada merah jambu sebagai syarat penajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved