Video 11 saat raih ribuan reaksi peminat badminton, Toh Ee Wei bina replika Kaabah sempena Ramadan

FootballLifestyle
22 Feb 2026 • 8:29 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menarik perhatian ramai apabila berkongsi video pendek berdurasi 0.11 saat di TikTok rasminya yang memaparkan dirinya membina replika kecil Kaabah.

Dalam video itu, juara dunia 2025 ini kelihatan gigih menyiapkan binaan tersebut sebagai tanda ucapan Ramadan buat peminat badminton seluruh dunia, khususnya mereka yang beragama Islam.

“Selamat menyambut Ramadan dan semoga murah rezeki.”

Pemain berstatus ranking keempat dunia bersama gandingannya, Chen Tang Jie, menggunakan kesempatan tersebut untuk mengingatkan semua tentang makna bulan mulia ini.

@toheewei

Selamat Menyambut Ramadan dan Semoga murah rezeki.

♬ original sound – TOH EE WEI

Ee Wei sebelum ini pulang sebentar ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina sebelum kembali ke latihan intensif bagi menghadapi jelajah Eropah.