Video Abby peluk Marissa bikin sebak, muncul berkumpul dengan ahli keluarga

Entertainment
23 Feb 2024 • 10:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan pelakon, Abby peluk Marissa mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen selepas anak perempuannya itu didakwa sudah bernikah di Thailand.

Walaupun kontroversi itu masih belum terjawab, keluarga besar mereka muncul berkumpul dipercayai dalam sebuah majlis previu bufet Ramadan di sebuah hotel di Selangor pada Khamis.

Menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memuat naik video memaparkan momen bahagia mereka sekeluarga.

Abby peluk Marissa

Dalam video tersebut, turut kelihatan suaminya Muhammad Faizal Zakaria selain ahli keluarga bekas suami Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza dan anak masing-masing.

Malah dalam pertemuan itu, Marissa atau Marissa Dania Hakim dilihat memeluk adik-adiknya seolah-olah bagi melepaskan rindu.

Berdasarkan tinjauan, selebriti media sosial berusia 19 tahun itu sudah kembali mengikuti akaun Instagram milik Norman dan Abby selepas didakwa ‘unfollow’ sebelum ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan keluarga berkenaan adalah contoh terbaik dalam mengekalkan kasih sayang walaupun dilanda ujian Allah SWT.

Abby peluk Marissa buat netizen sebak!

image is not available

Bagus memilih untuk berdiam

image is not available

Tetap bersabar, jaga hubungan

image is not available

Terharu! Tetap terima, tak buka aib

image is not available

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan hangat selepas didakwa mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.

Tidak lama selepas itu, seorang individu dipercayai kakak ipar kepada Islam memaklumkan bahawa lelaki tersebut sudah menikah dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Sumber: Instagram Abby Abadi & Memey Suhaiza