Laris Jadi Model Dan Duta Lepas Kontroversi Penyondol, Marissa Dedah Rupanya Seorang Introvert

Entertainment
17 Feb 2024 • 4:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular di media sosial anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi didakwa sudah bernikah di Thailand.

Walaupun sudah kecoh satu Malaysia, Marissa Dania hanya mendiamkan diri tanpa menafikan atau mengiyakan dakwaan tersebut.

Malah, Marissa dilihat tampil bekerja sebagai model dan duta produk seperti biasa. Terbaru, gadis berumur 19 tahun ini sekali lagi dikecam selepas mengaku introvert.

Marissa mengaku introvert

image is not available

Menerusi satu video temubual, Marissa berkata dia bukanlah seorang extrovert dan lebih gemar bersendirian (introvert).

Jika tidak bergelar influencer, Marissa mungkin akan mengusahakan perniagaan kerana mempunyai minat ke arah itu.

Di ruangan komen, netizen berpendapat seorang yang introvert tidak akan berani ‘mengorat’ suami orang. Orang yang introvert juga tidak suka bersosial dan mempunyai kesedaran diri yang lebih tinggi.

image is not available

image is not available

image is not available

Mereka kebiasaannya dilihat sebagai pendiam, lembut dan pemalu tetapi setelah apa yang berlaku kepada Marissa, netizen menganggap gadis itu diam-diam ibu berisi.

Kredit: TikTok @lovaacosmetics.hq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.