(VIDEO) “Adab Tu Kena Jaga, Takdo Masa Depan Takdo Hal!” – Nasihat Hattan Kembali Tular

Music
2 May 2023 • 12:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kecoh mengenai isu penyanyi legend, Datuk Hattan yang dihentam gara-gara insiden temu bual bersama seorang penyampai berita, Nur Syazwani Saiful Sham.

Seperti yang ramai tahu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin telah diminta untuk mengulas pemergian vokalis kumpulan XPDC iaitu Mael yang meninggal dunia pada 27 April lalu.

Namun, apa yang mengundang kemarahan orang ramai adalah apabila penyanyi berusia 58 tahun itu tiba-tiba menempelak Nur Syazwani ketika temu bual itu disiarkan secara siaran langsung di Astro Awani.

Susulan itu, tular semula video lama memaparkan Hattan menitip pesanan kepada orang ramai untuk menjaga adab ketika berkomunikasi.

Tak ada masa depan, tak ada hal. Tapi adab tu, adab tu yang kena jaga..

Menerusi video tersebut, penyanyi lagu Memburu Rindu itu berkata seseorang individu sepatutnya menjadi lebih sensitif terhadap orang lain.

Bagi saya tak ada istilah B40, T20 ni.. esok kita kat kubur B40 juga yang menolong.

Bukan itu sahaja, Hattan turut menegaskan bahawa semua orang layak mendapatkan layanan sama rata tanpa mengira status kehidupan mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah meminta Hattan untuk menasihatkan dirinya sendiri.

Malah, mereka turut mengatakan nasihat yang diberikan penyanyi lagu Gadis Jolobu itu ibarat meludah ke langit.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Aku Tengah Baring Diorang Call, Aku Jawab La Macam Biaso" - Hattan Tak Tahu Temu Bual Rupanya 'Live'?