[VIDEO] Aksi Wanita Acah-Acah Lupa Kasut Dipercayai Nak Mencuri Jadi Bualan Netizen

Entertainment
19 Jan 2023 • 4:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter, memaparkan aksi seorang wanita yang didakwa telah mencuri sepasang kasut di sebuah butik.

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 49 saat, dapat dilihat wanita yang datang seorang diri itu dilihat memasuki sebuah butik barangan kecantikan dan alat solek.

Oleh kerana dia hendak memasuki kedai tersebut, dia telah menanggalkan kasut yang dipakai, iaitu sepasang kasut berwarna putih, dan meninggalkannya di pintu kedai berkenaan.

Mencuri ke atau betul-betul terlupa?

Tidak lama kemudian, kelibat wanita tersebut dilihat keluar dari butik berkenaan dah kelihatan dia mundar mandir di hadapan butik itu dengan hanya berstokin buat seketika sambil memegang telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, wanita tersebut kelihatan seperti terlupa dan tak pasti mana satu adalah kasut kepunyaannya, padahal kasut tersebut masih berada di tempat asal.

Tambahan pula, kasutnya yang berwarna putih itu memang berlainan daripada pelanggan lain dan hanya ada kurang daripada 10 pasang kasut di hadapan premis tersebut.

image is not available

Wanita tersebut kemudian mencapai sepasang kasut yang berwana pink kehitaman dan menyarung ke kakinya sebelum terus beredar dari kedai tersebut.

“Tunggu line clear baru buat kerja” – Netizen

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh akaun @jalalmisai itu telah mendapat lebih 800K dan telah meraih 2,272 tanda suka di Twitter.

Ruangan komen dipenuhi dengan komen netizen yang mendakwa wanita tersebut sebenarnya mempunyai niat untuk mencuri kerana perangainya yang aneh dan mencurigakan.

Namun, ada segelinitir netizen yang cuba untuk husnuzon tapi tetap berpendapat tak logik jika wanita itu terlupa kasut sendiri.

image is not available

image is not available

Sumber: mStar, Twitter

Lahaiii kan datang pakai kasut putih tuuu cemana balik boleh jadi pink tu?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.