Video Amelia Henderson ajar Matt Damon dan Tom Holland Bahasa Melayu buat ramai teruja

EntertainmentMovie
18 Jul 2026 • 12:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Video Amelia Henderson ajar Matt Damon dan Tom Holland Bahasa Melayu buat ramai teruja
Pelakon Amelia Henderson mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dirinya menemu bual dua bintang Hollywood, Matt Damon dan Tom Holland.

PENGACARA dan pelakon Amelia Henderson mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dirinya menemu bual dua bintang Hollywood, Matt Damon dan Tom Holland.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Amelia memuat naik video memaparkan dirinya bersama kedua-dua pelakon terkenal itu yang ditemu bual untuk podcast kendaliannya, Studio Sembang.

Menariknya, menerusi video temu bual itu juga, Amelia sempat mengajar kedua-dua pelakon tersebut beberapa ayat dalam bahasa Melayu seperti ‘Gerak lu’ dan ‘Bapak aku on the way’ kepada Matt Damon dan Tom Holland.

Difahamkan, sesi temu bual tersebut berlangsung ketika acara tayangan perdana filem terbaharu arahan Christopher Nolan, The Odyssey di Mumbai, India.

Perkongsian itu nyata mengundang keterujaan ramai apabila rata-rata peminat meluahkan rasa bangga melihat Amelia berjaya menembusi platform antarabangsa.

“Bangga dan gembira sangat dengan Ame.

“Proud of you Ame.

“Ya Allah, tak sabar nak tengok episod ini.

“Tak sangka Ame dapat jumpa Spider-Man.

“Ini memang pencapaian yang membanggakan. Teruskan melakar kejayaan,” antara komen netizen. - Awani

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved