[VIDEO] Anak Monyet Terperangkap Di Pembahagi Jalan, Polis Sanggup Buat ‘Roadblock’ Di MRR2

Entertainment
14 Feb 2024 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ada pelbagai alasan mengapa pihak polis mengadakan sekatan jalan raya atau roadblock. Lazimnya ia dilakukan bertujuan untuk memeriksa dokumen penting seperti cukai jalan dan lesen serta menahan mereka yang tidak mematuhi undang-undang.

Namun, lain pula motif yang dilakukan oleh sekumpulan anggota polis ini apabila mengadakan sekatan jalan raya untuk menyelamatkan anak monyet.

Menerusi video yang dikongsikan di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekumpulan polis trafik dilihat telah melakukan sekatan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran stesen minyak Petron di Pandan Perdana Ampang, Selangor.

Sekatan jalan raya itu disebabkan untuk membantu menyelamatkan seekor anak monyet yang ketakutan dan terperangkap di pembahagi jalan.

Dapat dilihat dalam video itu, tiada satu kenderaan yang dibenarkan untuk melepasi kawasan tersebut sementara anak monyet diangkat dan dibawa ke tepi jalan raya.

Menurut PDRM, ketika kejadian, abang polis iaitu Sarjan Hairil sedang memastikan laluan jalan raya bergerak lancar sebelum terlihat anak monyet itu.

Beliau kemudiannya bertindak menyelamatkan anak monyet sambil dibantu seorang orang awam sementara anggota lain menjaga keselamatan di laluan bertentangan.

Keprihatinan abang polis menyelamatkan anak monyet itu telah menyentuh hati netizen, rata-rata memuji sekumpulan anggota polis itu.

image is not available image is not available

Hmm, macam manalah anak monyet tu boleh sesat sampai ke situ?

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.