![Image from: [VIDEO] ‘Apahal sujud sahwi atas jalan raya ni’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/ampang-tular-viral-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang lelaki didakwa berkelakuan pelik di tengah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan sekali gus mengundang risiko keselamatan kepada orang ramai.
Menerusi video-video yang tular di media sosial memaparkan, lelaki tersebut berpakaian jubah putih dan berkopiah, manakala kejadian itu dipercayai berlaku di Ampang.
Salah satu hantaran video dikongsikan pengguna Thread, Natasyaxo menunjukkan lelaki tersebut seperti sedang sujud di tengah jalan dan kedengaran bunyi hon kenderaan.
“Pertama kali masuk Ampang, normal ke macam ni,” menurut kapsyen Natasyaxo pada video dimuat naik hari ini.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang memuat naik video di ruangan komen memaparkan lelaki sama didakwa berkelakuan pelik.
“Lelaki yang sama?,” menurut kapsyen pada video Liaahafizh memaparkan lelaki tersebut seperti mahu bersilat dan melakukan pelbagai gerakan.
“Saya pun nampak tadi,” komen Kasriniliana yang berkongsi video lelaki tersebut yang berkaki ayam sedang berdiri di atas jalan sambil tangannya menutup telinga.
“Uish sama terjadi pada saya. Dia cuba nak buka kereta saya tadi,” kata Dayanaazrry.
“Apahal sujud sahwi atas jalan raya ni,” seloroh Meor_sfaisal. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Apahal sujud sahwi atas jalan raya ni’ appeared first on Kosmo Online.





