(VIDEO) “Awan Dia Betul-Betul Dah Pilu..” – Lincah Menari, Netizen Hampir Tak Kenal Ning Baizura

EntertainmentMusic
15 Mar 2023 • 10:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama penyanyi berbakat besar iaitu Ning Baizura kini jarang menjadi sebutan dalam media hiburan mahupun dalam kalangan netizen Malaysia.

Namun, baru-baru ini penyanyi berusia 47 tahun itu kembali mencuri perhatian orang ramai selepas tular video memaparkan dirinya di laman TikTok.

Menerusi video tersebut, Ning atau nama penuhnya Ning Baizura binti Sheikh Hamzah dilihat sedang menyanyi bersama pengacara, Hunny Madu.

Malah, apa yang menarik tumpuan netizen ialah gelagat dan aksi spontan penyanyi lagu Awan Terpilu itu yang lincah menari.

Bukan itu sahaja, netizen turut hampir tidak mengenali Ning apabila melihat penampilan terbaharunya yang membuat gaya rambut pendek berwarna ‘blonde’.

image is not available

Bagaimanapun, ada juga peminat yang mengatakan penyanyi berasal dari Kajang itu sememangnya suka berpenampilan seperti itu sejak dahulu lagi.

Bahkan, mereka juga menanggap tiada apa yang ‘pelik’ mengenai penampilan atau aksi tarian yang dilakukan oleh Ning dalam video berkenaan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

Natasha Hudson Jawab Spekulasi Rumah Tangga Berantakan - "Siapa Yang Nak Berkahwin Untuk Bercerai?"