Bersanding Di Rumah Panjang, Perkahwinan Lain Bangsa Ini Buat Netizen Bangga Dengan Perpaduan Di Sarawak

14 Mar 2023 • 3:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bukti perpaduan kukuh di Sarawak.

Bersanding Di Rumah Panjang, Perkahwinan Lain Bangsa Ini Buat Netizen Bangga Dengan Perpaduan Di Sarawak. Baru-baru ini di TikTok terdapat sebuah video sepasang pengantin baru yang bersanding di sebuah rumah panjang di Sarawak.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat kedua-dua pengantin yang cantik dan sepadan berjalan ke arah pelamin mereka sambil disambut meriah oleh tetamu yang merupakan penduduk dari rumah panjang tersebut.

image is not available
Bersanding Di Rumah Panjang, Perkahwinan Lain Bangsa Ini Buat Netizen Bangga Dengan Perpaduan Di Sarawak. Foto tangkap layar dari TikTok fyanimie90

Walau berbeza bangsa dan agama

Walaupun berbeza bangsa dan agama, para tetamu perkahwinan tersebut tetap sporting menyambut hari istimewa buat merpati dua sejoli itu.

Menurut komen di dalam video berkenaan, pengantin wanita tersebut berbangsa Iban yang beragama Islam. Pelamin pengantin ini juga turut menarik perhatian netizen kerana rekaannya yang unik di mana terdapat motif gabungan antara Melayu dan Iban.

image is not available
Foto tangkap layar dari TikTok fyanimie90

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berasa bangga akan perpaduan di Sarawak. Pujian demi pujian di ruangan komen oleh netizen mengatakan mereka bangga menjadi anak Sarawak dan berasa bersyukur kerana menetap di negeri yang harmoni ini.

image is not available
Foto tangkap layar dari TikTok fyanimie90

image is not available
Foto tangkap layar dari TikTok fyanimie90

Apapun, yang jernih kita ambil, yang keruh kita buangkan. Contohilah perpaduan yang baik seperti dalam video TikTok ini.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: