(VIDEO) Bagi Makanan Untuk Golongan Gelandangan, Netizen Puji Kerja Amal Iman Troye

Entertainment
4 Nov 2022 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelantun lagu Teman, Iman Troye membuat hantaran di laman Instagram miliknya memperlihatkan dia sedang mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

Menerusi coretannya di ruangan kapsyen, Iman juga menyatakan bahawa dia akan lebih kerap membuat kerja amal selepas ini dan meminta warganet mencadangkan tempat yang mempunyai golongan memerlukan.

Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Iman dimurahkan rezeki kerana tindakannya yang sanggup meluangkan masa membantu golongan gelandangan.

“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.

“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.

image is not availableimage is not available

Terdahulu, Iman Troye pernah terpalit dengan kontroversi apabila dirinya didakwa sukar memberi kerjasama selain susah untuk dihubungi selepas nama melonjak naik.

image is not available 3 bulan lalu

"Saya Minta Maaf" - Iman Troye Didakwa Sukar Beri Kerjasama Dan Sombong Setelah Popular?