(VIDEO) Bapa Ajar Anak Makan Pedas Di Usia Muda, Netizen Tegur – “Tak Bagus Untuk Perut Budak”

30 Dec 2022 • 12:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial TikTok, seorang pengguna yang juga merupakan seorang bapa dilihat sering memuat naik video konten dimana dia dan anak-anak akan mencuba pelbagai juadah makanan di Malaysia.

Baru-baru ini, pengguna yang dikenali sebagai Bapa Bros itu turut dilihat mengajar anaknya untuk makan makanan pedas di usia muda agar mereka terbiasa dan bertahan dengan rasa pedas.

Menerusi video tersebut, bapa itu memberi tugasan atau challenge kepada anak sulungnya untuk makan nasi kandar bersama kuah kari yang pedas dan menahan kepedasan makanan tersebut.

Kompilasi video anak belajar macam mana nak makan makanan pedas.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan meraih 2.3M tontonan, 153.5K tanda suka, 1.2K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji kecomelan anaknya menahan pedas dan meluahkan rasa kagum dengan kebolehan anak kecil itu dalam menahan pelbagai tahap kedepasan nasi kandar.

image is not available

Namun, ada juga segelintir netizen yang menegur bapa itu agar berhati-hati dan berpada-pada memberi makanan pedas kepada anaknya memandangkan makanan pedas tidak bagus untuk perut kanak-kanak.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

Pertama Kali Jumpa Ibu 'BF', Gadis Terkejut Disuruh Basuh Pinggan - "Dah Terbayang Kalau Jadi Menantu Nanti"