Tak Jual Tiket ‘Online’, Netizen Merungut Kena Beratur 1 Jam Nak Masuk Pusat Sains Negara

Entertainment
29 Dec 2022 • 5:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita tahu, setiap kali musim cuti sekolah atau cuti umum pasti ada beberapa destinasi yang jadi tumpuan orang ramai.

Ada kalanya, kita tak dapat menjangkakan situasi yang bakal berlaku apabila berada di sesuatu lokasi walaupun telah bersiap sedia.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah memuat naik ciapan meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan kemasukan ke Pusat Sains Negara (PSN) yang dirasakan agak ketinggalan zaman.

image is not available

Individu tersebut memaklumkan bahawa pengunjung terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket masuk gara-gara ia tidak dijual online.

Baginya, keadaan itu amat menyusahkan pengunjung terutama sekali bagi ibu bapa yang membawa anak kecil.

Dia juga mendakwa tiket masuk PSN ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh didapati secara online namun telah ditamatkan penjualan sejak arahan ditarik balik.

“Sampai sekarang tak faham kenapa Pusat Sains Negara tak boleh book ticket online? Time PKP boleh buat tapi kenapa sekarang dah tak ada dah features tu. Just tunjuk harga je.

“Tengok la beratur panjang macam mana,” katanya.

Tambahnya, dia perlu beratur lebih satu jam untuk mendapatkan tiket masuk ke PSN.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bersetuju mengalami pengalaman yang sama dan terpaksa berpanas semata-mata mahu membeli tiket.

Dalam pada itu, netizen juga mengkritik aktiviti dan juga prasarana yang disediakan PSN sudah uzur dan tidak menarik.

Ciapan itu telah mendapat perhatian daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang. Beliau memaklumkan akan melakukan penambahbaikan dengan segera.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.