[VIDEO] ‘Baru toleh ke skrin, dah siap kira’

Family & Parenting
25 Jul 2026 • 8:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Baru toleh ke skrin, dah siap kira’

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak mencuri perhatian ramai apabila menjawab soalan Matematik dalam hanya beberapa saat menggunakan teknik pengiraan unik tanpa bantuan kalkulator.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @hanasabri82 berkongsi rakaman yang memaparkan kanak-kanak itu menggunakan teknik Mental Arithmetic untuk mendapatkan jawapan dengan begitu pantas.

“Dik… akak baru nak toleh ke skrin putih tu, kau dah siap kira,” tulis pemilik hantaran itu.

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang kagum dengan kepantasan teknik pengiraan kanak-kanak tersebut.

“Bayangkan kalau masa peperiksaan Matematik semua pelajar buat macam ini. Mahu runtuh bilik darjah itu,” komen Redzwan.

“Lah macam ni rupanya. Patutlah ada seorang anak murid aku kira-kira tangan joget macam ini. Memang dia tak ada kalkulator dan tak nak guna kalkulator, tapi selalu betul jawapan dia,” tulis Fatin Nasyuha.

“Sebagai akauntan saya rasa tercabar tengok video ini,” komen Wallawaniey. -KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Baru toleh ke skrin, dah siap kira’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved