[VIDEO] ‘Benci geng motor buat macam ni’

5 Oct 2026 • 4:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Benci geng motor buat macam ni’

PETALING JAYA – Tindakan kumpulan penunggang motosikal yang berhimpun berdekatan Plaza Tol Mambau menghala ke Lebuh Raya Seremban–Port Dickson, mengundang kecaman orang ramai apabila perbuatan itu menyusahkan pengguna kenderaan lain.

Dalam kejadian dirakam menerusi kamera papan pemuka atau dashcam petang semalam, kumpulan penunggang tersebut berhimpun di kiri dan kanan laluan ke plaza tol tersebut dan ia turut menghalang kereta untuk melepasi laluan itu.

Rakaman dashcam itu tular di media sosial dimuat naik pengguna Thread Puterinur yang menunjukkan kejadian tersebut pada pukul 4.08 petang semalam.

“Nak mengadu dekat mana ye tentang isu ni? Setiap minggu berlaku,” dakwa Puterinur pada kapsyen video.

Dalam pada itu, orang ramai turut mendesak pihak berkuasa menjalankan operasi di kawasan berkenaan sekali gus mengenakan tindakan sepatutnya kepada penunggang motosikal yang terlibat.

“Serius, aku benci geng motor buat macam ni,” komen pengguna Thread Lelaki_itew.

“Mana JPJ atau polis. Ni dah mengganggu ketenteraman awam. Takkan tak boleh buat apa-apa. Bawa lori kutip motor tiga, empat ‘biji’, jangan bagi balik,” kata Zi_hana.

“Budak-budak ni memang teruk. Saya dengan suami tengah lalu naik motosikal juga bertembung dengan diorang. Boleh pula tengah-tengah jalan tu nak ‘selfie’. Ya Allah, brek mengejut kami laki bini ngelak diorang. Tak ada otak budak zaman sekarang main motor, tak macam orang otai-otai, agi bagus main motor,” komen Neneklawaa. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Benci geng motor buat macam ni’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved