[VIDEO] Cemas tayar treler tercabut, bergolek terbakar atas lebuh raya

LocalCars
23 Sep 2026 • 3:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Cemas tayar treler tercabut, bergolek terbakar atas lebuh raya

PETALING JAYA – Detik mencemaskan sebuah tayar dipercayai tercabut daripada sebuah treler sebelum bergolek dalam keadaan terbakar di tengah lebuh raya mengundang perhatian pengguna media sosial.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan sebelum rakamannya dimuat naik oleh pengguna Threads, @mohd_shahrull.

Berdasarkan rakaman tersebut, sebuah treler dilihat bergerak di lorong kiri sebelum tayarnya dipercayai tercabut dan bergolek laju memasuki laluan kenderaan lain.

Lebih mencemaskan, tayar berkenaan kemudiannya dilihat terpelanting selepas melanggar pembahagi jalan dalam keadaan masih terbakar dan mengeluarkan asap.

Sebuah kereta berwarna hitam yang berada berhampiran tayar berkenaan turut dilihat sempat melepasi objek tersebut, sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.

Rakaman dashcam itu menunjukkan kejadian berlaku kira-kira pukul 3.33 petang semalam.

Menjawab pertanyaan pengguna mengenai lokasi kejadian, pemilik video memaklumkan ia berlaku ketika menuruni Bukit Pagoh menghala ke utara.

“Semoga dipermudahkan urusan,” tulisnya ringkas pada hantaran yang meraih lebih 107,000 tontonan setakat ini.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa cemas melihat tayar tersebut bergolek tanpa kawalan di tengah lebuh raya.

“Kereta hitam itu memang bernasib baik. Jauh juga tayar itu bergerak, sangat berbahaya,” kata @nurulmnor72.

“Risau tengok tayar itu melambung ke seberang pula. Ya Allah,” ujar @ayangxzaraa.

“Ya Allah, nasib baik tidak sempat melintas. Nasib baik juga kereta hitam itu sempat lepas,” kata @untitiyy. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Cemas tayar treler tercabut, bergolek terbakar atas lebuh raya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved