(VIDEO) Beratur Lama Nak Dapat Giliran Naik Lif, Mat Saleh Terkejut Ramai Orang Malaysia Tak Guna Eskalator

18 Jan 2024 • 5:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang warga asing berkongsi pengalamannya baru-baru ini ketika di pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur menerusi sebuah video di TikTok.

 

Ramai malas guna eskalator

Berdasarkan video dikongsikan wanita itu, dia dilihat berjalan di pusat beli belah di bersama keluarga anaknya yang berada di dalam stroller.

Namun, dia perlu menunggu lama untuk mendapat giliran menaiki lif kerana ia sentiasa penuh dengan pengunjung lain yang tidak mengalah kepada yang lebih memerlukan.

Wanita itu terkejut kerana turut melihat orang Malaysia yang mempunyai stroller hanya menggunakan eskalator berbanding lif.

image is not available

 

Eskalator lebih lengang daripada lif

Wanita itu turut menunjukkan salah satu bahagian eskalator di dalam pusat beli belah tersebut yang lebih lengang berbanding lif.

Menerusi video itu juga, boleh dilihat warga Malaysia yang beratur dan menaiki lif bukanlah semuanya benar-benar ‘memerlukan’ seperti membawa stroller atau warga emas.

image is not available 21 hours ago

(VIDEO) "Melingkup La Kedai Kau" - Tular Mat Saleh Kena 'Ketuk' Harga Burger Biasa RM10 Dengan Peniaga Bukit Bintang