(VIDEO) “Tak Nangis Kena Label Anak Derhaka” – Pelajar Menangis Masa Kem Motivasi Tular, Netizen ‘Throwback’ Zaman Sekolah

18 Jan 2024 • 5:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rasanya semua pernah lalui zaman di waktu sekolah di mana apabila pergi ke kem motivasi, ‘abang’ atau ‘kakak’ fasilitator akan buka video atau menceritakan hal sedih tentang ibu bapa hingga membuat kita menangis.

‘Cringe’ bila fikir balik

Baru-baru ini, tular di platform X memaparkan video sekumpulan budak sekolah yang hadir ke kem motivasi sedang menangis teresak-esak kerana sedih apabila fasilitator menyuruh membayangkan ibu bapa mereka sudah meninggal.

Susulan itu, ramai netizen yang meninggalkan komen berkata ‘cringe’ apabila teringat kembali kerana pernah lalui hal yang sama.

Tak menangis dilabel ‘anak derhaka’

Throwback zaman persekolahan, netizen berkata seandainya tidak menangis, maka murid tersebut akan dilabel sebagai anak derhaka ataupun rasa terasing hingga memaksa diri mereka untuk menangis.

image is not available

Lebih baik menangis berbanding kem motivasi kena buat ‘pick-up line’

Biarpun geli-gelaman apabila teringat diri mereka pernah menangis seperti itu, ramai juga netizen merasakan ia lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan kem motivasi yang menyuruh anak murid membuat ‘pick-up line’.

image is not available

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih hampir 4000 retweet dan tontonan sebanyak 4.7 juta daripada pengguna platform itu.

image is not available 8 months ago

"Terpaling Bahagia La Tu??" - Ramai 'Cringe' Tengok Budak Sekolah Main Cubit-Cubit Pipi Belakang Rumah