Video Beri Gelandangan Nasi & Sisa Tulang Ayam, 3 Lelaki Boleh Dikenakan Denda RM500,000

Entertainment
5 Aug 2025 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Video tular tiga orang lelaki yang dipercayai content creator memberi bungkusan nasi berlaukkan tulang ayam kepada seorang gelandangan sedang disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan itu dijalankan susulan aduan orang ramai yang mempersoalkan etika serta niat di sebalik penerbitan kandungan tersebut.

Suruhanjaya itu menegaskan, pihaknya memandang serius tindakan menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata untuk hiburan murahan, menjana tontonan serta menimbulkan keresahan orang ramai.

“Penyebaran kandungan yang merendah atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat,” tulis kenyataan itu.

Katanya, video terbabit sedang disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM500,000, dipenjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

image is not available

image is not available

Terdahulu, selepas video tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai, tiga individu itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mendakwa rakaman berkenaan telah pun mendapat persetujuan lelaki gelandangan terbabit.

Menurut mereka, makanan lengkap ada diberikan selepas rakaman dibuat dan berharap netizen memaafkan mereka.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.