[VIDEO] Buat ‘Social Experiment’ Kena Tinggal Dengan Anak, Reaksi Individu Ini Buat Ramai Tersentuh

Entertainment
19 May 2023 • 2:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jasa ibu mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita sangat besar sehingga ia tidak dapat terbalas dengan wang ringgit. Itulah sebabnya ibu menjadi insan yang paling penting dalam hidup kita.

Baru-baru ini, sebuah video telah tular selepas mendapat 2 juta jumlah tontonan dalam masa sehari ia dimuat naik ke laman TikTok yang memaparkan seorang wanita sedang melakukan eksperimen sosial apabila ditinggalkan oleh anaknya.

@lindarosli79

“KENAPA DIA NAK HANTAR MAKCIK KAT SINI?” Mak Cik kena hantar ke Pusat Warga Emas begitu sahaja? Seorang Ibu yang tidak kira berpanas, berlapar atau sakit menjaga anaknya dengan baik dan serba lengkap. Inikan anak nak menjaga seorang Ibu, sanggup menghantar ke Pusat Warga Emas . Ibu adalah insan yang kuat dan mulia. Jagala mereka untuk mendapat keberkatan hidup. Sayangilah Ibu Anda . #founderaddarbeauty #addarbeautyofficial #solusikulitrosak #ibu #mothersday

♬ original sound – Norhaslinda Rosli – Norhaslinda Rosli

Dari video tersebut, wanita berkenaan dilihat memegang sepucuk surat dan mahu mendapatkan reaksi orang awam apabila membaca surat berkenaan.

Tidak lama kemudian, datang seorang individu yang mahu membantu wanita itu yang kononnya tidak pandai membaca surat yang ditulis oleh anaknya itu.

Keadaan menjadi sebak apabila, reaksi individu terbabit yang pada awalnya tidak mahu membaca surat berkenaan namun, dia akur setelah diminta oleh wanita itu berkali-kali.

image is not available

Difahamkan, isi surat tersebut meminta siapa-siapa yang membacanya itu untuk membawa wanita berkenaan ke pusat penjagaan warga emas yang tertera alamatnya di dalam surat berkenaan.

Bagaimanapun, individu tersebut meminta wanita itu untuk duduk dahulu sementara dia bacakan surat itu dalam nada lembut demi menjaga privasi keluarga wanita berkenaan.

Pada akhir video tersebut, wanita tersebut menjelaskan ia hanyalah sebuah eksperimen sosial di mana dia mahu melihat reaksi orang ramai apabila seorang ibu ditinggalkan oleh anaknya.

“Bagus dia jaga privacy makcik tu” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat reaksi individu itu ketika membantu wanita berkenaan dan ada juga warganet yang memesan agar orang ramai tidak menilai seseorang itu dari segi luaran kerana hati masing-masing tiada siapa yang tahu.

image is not available

Berkaca juga mata min baca ni..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.