[VIDEO] Campak Dan Sepak Makanan Pelanggan Atas Lantai, Netizen Geram Lihat Rider Makanan Ini

21 Jul 2023 • 3:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tindakan Rider makanan yang biadap buat netizen geram

[VIDEO] Campak Dan Sepak Makanan Pelanggan Atas Lantai, Netizen Geram Lihat Rider Makanan Ini. Sebuah video yang memaparkan seorang penghantar makanan campak dan menendang makanan pelanggan telah merebak luas dan mendapat perhatian ramai.

Video penghantar makanan yang menjadi viral menunjukkan penghantar makanan Grab yang berbaju hitam mencampak makanan pelanggan ke atas lantai dan kemudian menendangnya.

image is not available
[VIDEO] Campak Dan Sepak Makanan Pelanggan Atas Lantai, Netizen Geram Lihat Rider Makanan Ini

Pekerja di premis tersebut turut terkejut dengan tindakan penghantar makanan tersebut

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan keadaan di dalam sebuah premis makanan. Walau bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Penghantar makanan berbaju hitam bertulis ‘Grabfood’ dapat dilihat mengambil bungkusan makanan yang telah siap disiapkan dan terus mencampak makanan tersebut ke atas lantai sebelum bertindak menendangnya.

Tindakan penghantar makanan ini mengejutkan ramai, bukan sahaja pelanggan tetapi juga pekerja restoran dan orang ramai yang berada di sana.

image is not available

image is not available

Gesaan untuk pihak pengurusan juga banyak dinyatakan oleh netizen.

Malah, seorang lelaki yang berada di kaunter dipercayai pelanggan restoran tersebut dilihat menegurnya kerana berbuat sedemikian.

Rakaman video tersebut telah mengundang komen negatif dan kritikan telah dilontarkan terhadap penghantar makanan tersebut.

Gesaan untuk pihak pengurusan juga banyak dinyatakan oleh netizen. Mereka meminta pihak pengurusan untuk mengambil tindakan tegas terhadap penghantar makanan tersebut.

image is not available

Walau bagaimanapun, ada netizen yang menyatakan bahawa penghantar makanan tersebut menggunakan beg penghantaran Foodpanda.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: