Rider GrabFood Campak, Tendang Makanan Pelanggan Atas Lantai, “Macam Takde Otak!”

21 Jul 2023 • 10:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tindakan seorang penghantar makanan mencampak dan menendang makanan pelanggan di lantai telah mengundang rasa marah orang ramai.

Menerusi video pendek yang tular di Twitter, individu itu dilihat mengambil makanan yang dah siap di vendor. Namun, tak semena-mena dia mencampaknya dan menolak dengan kaki.

Saksi kejadian yang terkejut menegur apa masalah rider sehingga bertindak sedemikian. Di ruangan komen, netizen menghentam tindakan rider tersebut malah ada yang membuat laporan terhadap pihak pengurusan Grab agar mengambil tindakan lanjut.

image is not available

image is not available

Menurut netizen, rider boleh memilih untuk menutup aplikasi jika tiada mood untuk bekerja bukannya melepaskan marah terhadap makanan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.