Video Ceddy Tentang Palestin Dapat Liputan Al Jazeera, Ramai Rakyat Malaysia Tumpang Bangga

7 Jun 2024 • 6:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Serangan balas yang dilakukan oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) pada 7 Oktober tahun lalu telah membunuh lebih puluhan ribu mangsa di Palestin termasuklah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila IDF turut menyerang satu-satunya kawasan yang dikatakan selamat untuk diduduki iaitu di Rafah.

Tindakan tidak berperikemanusiaan ini telah mendapat tentangan bukan sahaja dari rakyat Malaysia, malah pemimpin dan masyarakat seluruh dunia turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut.

image is not available
Sumber: Pexels


Video Ceddy Tentang Palestin Raih Perhatian Al Jazeera

Menerusi video dimuat naik dalam satu ciapan di laman X (@ajmubasher), portal berita antarabangsa iaitu Al Jazeera telah menyiarkan semula video penjelasan yang dibuat oleh influencer Malaysia iaitu CeddyOrNot tentang apa yang terjadi di Palestin.

Dalam video berkenaan, Ceddy telah meringkaskan tragedi kekejaman yang berlaku terhadap masyarakat di Palestin dan mengapa perkara itu perlu mendapat perhatian masyarakat dunia.

Walau bagaimanapun, portal berita itu menulis di ruangan kapsyen bahawa Ceddy adalah rakyat Filipina, walhal dia sebenarnya adalah warga Malaysia.

Perkara ini turut diperjelaskan semula oleh influencer tersebut di ruangan komen ciapan tentang dirinya yang berasal dari Malaysia.


Ramai Rakyat Malaysia Tumpang Bangga Dengan Pencapaian Ceddy

Sementara itu, rata-rata rakyat Malaysia tumpang bangga dengan pencapaian Ceddy selepas videonya yang memberi ringkasan dan pemahaman tentang apa yang berlaku di Palestin tular di peringkat dunia.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: X

Semoga selepas ini lepas ramai selebriti yang memanfaatkan platform mereka di media sosial untuk meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang apa yang sedang berlaku di Palestin, khususnya Rafah yang sebelum ini digembar-gemburkan sebagai kawasan selamat (Safe Zone).

Proud of you, Ceddy! Semoga perkara ini boleh menjadi inspirasi kepada orang ramai di luar sana.