(VIDEO) “‘Confident’ Sangat Acik Ni” – Wanita Dikecam Salah Anggap Perkataan ‘Pork’ Di Botol Rempah Ratus

Food
18 Jan 2023 • 10:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu video TikTok menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita mendakwa satu jenama rempah ratus yang dijual di pasaraya mengandungi bahan berunsur ‘pork’ ataupun babi.

Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat sedang merakam dan mengambil satu persatu botol rempah ratus yang disusun di rak sebuah pasaraya sebelum menunjukkan bahagian pelekat yang mengandungi cara masakan dan juga isi kandungan.

Dia kemudian meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati kerana serbuk perasa jenama rempah ratus berkenaan mengandungi bahan ‘pork’ tersebut.

Korang yang biasa pergi ***** nak beli spices di rak ni, korang kena hati-hati sebab ada macam Cajun Seasoning ni ingredients dia ada pork.

Namun begitu, perkongsian wanita itu kemudiannya dikecam hebat oleh warga maya sehinggakan dia memadam video itu terus dari media sosialnya.

image is not available

Kalau tak pandai, jangan ajak orang lain sekali.

Ini kerana, perkataan ‘pork’ itu bukanlah dalam kategori isi kandungan (ingredients) sebaliknya dalam kategori ‘sesuai digunakan untuk’ (use on), yang bermaksud rempah ratus berkenaan sesuai untuk digunakan dalam segala jenis perapan daging termasuklah daging babi.

Ia sekaligus mengundang pelbagai komen lucu dan kritikan netizen yang merasakan tindakan wanita berkenaan memuat naik video itu sebagai perbuatan melulu dan memalukan.

Alamak dia punya confidenttt. Pantang nampak pork terus suruh hati-hati. Basic English failed.

image is not available 21 jam lalu

"Setahun Tak Boleh Makan Laksa, Kena 'Puasa Suami'.." - Cara Berpantang Tak Logik, Wanita Moden Pilih Cara Doktor