[VIDEO] Cuba ‘Cucuk’ Dari Belakang, Myvi Gelabah Lepas Kena Apit Dengan Dua Ambulans

Entertainment
23 Aug 2022 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perasan tak semalam ramai yang mengeluh kesesakan aliran trafik lain macam, ramai yang mengeluh keletihan, mungkin disebabkan faktor cuaca?

Bila berlaku kesesakan macam ni, pastinya akan ada pihak yang cuba nak ambill kesempatan untuk buat elakkan diri mereka tersangkut dalam kesesakan tersebut.

Seperti yang terjadi dalam video tular baru-baru ini, ada kereta yang popular dengan gelaran king of the road buat hal saat orang lain sedang hadap jammed.

 

Cuba ‘cucuk’ tapi kena apit dengan 2 ambulans

Dalam video tular menerusi Twitter semalam, satu rakaman daripada dalam ambulans memperlihatkan kereta Myvi berwarna biru cuba ‘cucuk’ kenderaan tersebut untuk ‘redah jammed’

Dilihat, ambulans tersebut seperti sedang berhenti, namun ada lelaki cuba menangkap gambar pemandu Myvi tersebut.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila ada satu lagi ambulans dari belakang dan kereta itu diapit oleh 2 ambulans, dilihat Myvi tersebut gelabah untuk mencari tempat untuk ‘selit’ masuk garisan yang sepatutnya.

Biarpun lokasi dan waktu kejadian belum dikenal pasti, video ini mula tular sejak semalam. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen puas hati melihat insiden itu kerana saman yang bakal dikenakan oleh pemandu dan majoriti marah dengan tindakan pemandu tersebut.

Mana taknya, kalau orang lain kat atas jalan tu semua hadap perkara sama boleh ikut peraturan, tapi dia tidak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.