[VIDEO] Cubaan Potong Barisan Tak Berjaya, ‘King’ Kena Bahan Dengan Netizen

Entertainment
27 Apr 2023 • 11:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perodua Myvi sememangnya terkenal dengan jolokan King of The Road, banyak insiden di jalan raya yang melibatkan kenderaan ikonik tempatan itu.

Terbaru, sebuah video tular yang memaparkan kereta tempatan itu tersangkut di bahagian tepi sebuah persimpangan, difahamkan pemandu kereta tersebut cuba untuk memotong barisan namun tidak berjaya.

image is not available

Untuk video penuh, klik di sini.

Dalam video berdurasi 18 saat tersebut, kelihatan keadaan lalu lintas agak sibuk dan Perodua Myvi itu cuba mengambil jalan pintas dengan memotong barisan, bagaimanapun tindakannya itu gagal apabula kereta yang dipandunya itu tersangkut di bahagian semak tepi jalan.

Walaupun kelihatan agak tragis untuk pemandu kereta berkenaan, namun rata-rata netizen merasakan insiden itu setimpal dengan perbuatan pemandu tersebut yang pentingkan diri serta ingin mengambil jalan mudah.

image is not available

Dalam pada itu, walaupun ramai yang merasakan ianya sesuatu yang mencuit hati namun ada juga netizen yang berpendapat insiden itu tidak sepatutnya dijadikan bahan ketawa tetapi menjadi pengajaran buat semua pemandu lain.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, masih belum tahu di mana insiden itu berlaku dan apakah punca insiden tersebut.

Apa-apa pun bersabar bila memandu ya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.