(VIDEO) “Dah Semalaman Tak Balik Rumah” – Berbau Hapak & ‘Lalok’, Budak Perempuan Mengaku Ambil Pil Terlarang

30 Jun 2022 • 6:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nur Athirah yang menceritakan keadaan seorang budak perempuan telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat budak perempuan itu berada dalam keadaan khayal di sebuah rumah bersama seorang lagi rakannya.

Menurut wanita itu, adik lelakinya telah menerima panggilan daripada budak perempuan tersebut supaya mengambilnya di sebuah rumah.

image is not available

Aku pun pick up diorang then tiba sorang budak ni dalam keadaan macam ni. Masa ni kami takut sangat tak tahu nak buat apa.

Jelasnya, setelah sampai ke lokasi dia telah menemukan remaja perempuan ini dalam keadaan berbau hapak dan lalok.

Malah, remaja itu turut mengakui dia telah mengambil pil terlarang iaitu epam dan sudah seharian tidak balik ke rumah ibu bapa. Lapor Majoriti.

Dalam pada itu, wanit itu turut menitip pesanan buat ibu bapa diluar sana agar tidak mudah untuk membenarkan anak-anak mereka untuk mengikut lelaki ke mana-mana.

@nrathirah_m

jadikan pengajaran buat kita untuk lebih ambik thu aktiviti anak anak . #fyp

? original sound – ki – ki

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa risau melihat keadaan remaja berkenaan yang masih muda namun seperti ‘tidak terjaga’.

Sedihnya tengok dalam keadaan macam ni masih terlalu muda – netizen.

Budak lagi tu masih panjang masa hadapan,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) "Aniaya Haiwan!" - Tarik Penyu Ke Permukaan Air, Lelaki Ini Teruk Dikecam Netizen