[VIDEO] Dah Teruja Nak Melancong ‘Oversea’ Tapi ‘Tersangkut’ Di KLIA Sebab…

Entertainment
21 Jun 2022 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tahun ini, kita dapat lihat ramai yang sudah mula melancong ke luar negara, ini kerana sekatan antara beberapa negara seperti Indonesia, United Kingdom dan banyak lagi telah pun dibubarkan.

Pastinya ramai yang di luar sana sudah berkira-kira untuk melancong ke luar negara selepas bertahun kita dibelenggu dengan wabak Covid-19, kan?

Pun begitu, selain daripada membuat persiapan rapi untuk melancong anda juga harus memeriksa nama anda di jabatan-jabatan seperti imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahupun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ini kerana ada kebarangkalian nama anda berada dalam senarai tidak dibenarkan untuk ke luar negara dan ini akan membuatkan anda ‘sangkut’ di lapangan terbang.

@miss_donyaa

Setiap hari mesti ada rakyat Malaysia yang offload sebab nama sangkut! Kesian tau sebab dah prepare macam2 kadang burn macam tu je.image is not available korang check betul2 nama.pastikan clear dgn mana2 jabatan sebelum nak terbang! #msdonyapesan #checklistsebelumterbang

♬ Che La Luna – Louis Prima

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @miss_donyaa, setiap hari mesti ada rakyat Malaysia yang offload kerana nama mereka ‘sangkut’ sebaik sahaja diperiksa, tiket penerbangan serta segala persiapan terpaksa burn apabila keadaan ini berlaku.

Dalam videonya yang lain, @miss_donyaa juga berkongsi cara untuk periksa nama melalui laman web Jabatan Imigresen untuk melihat jika anda boleh keluar negara atau tidak.

Korang yang nak travel tu dah boleh check dekat mana-mana jabatan berkaitan ya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.