
Sebagai seorang warga pendidik, guru perlulah tahu kepentingan menjaga privasi pelajar mereka terutamanya yang masih kanak-kanak.
Zaman sekarang, ramai juga guru yang gemar membuat content mempamerkan wajah anak murid mereka dan ia menjadi perdebatan warganet di media sosial.
"Kau Ingat Benda Ni Kelakar Ke? Musibah Betul!" - Guru Dikecam Guna Anak Murid Buat Trend 'Marry Me' Di TikTok
Seorang guru wanita dikenali di TikTok kerana content tentangnya dia bersama anak-anak murid di sebuah sekolah swasta.
Sebelum ini juga, beberapa video dimuat naik olehnya pernah tular sehingga mendapat jutaan tontonan malah ada yang sampai lebih 37 juta.
Bagaimanapun, seorang ibu menyuarakan tentang perkara itu di Twitter baru-baru ini dan mempersoal adakah apa yang dilakukan guru terbabit sebenarnya dibenarkan.
Wanita tersebut turut tag akaun rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq kerana menerusi salah satu video, guru itu membuat content menyelongkar beg beberapa anak muridnya.
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai warganet yang mempunyai berbeza pendapat dan berdebat tentang pendapat masing-masing.
Sesetengah pihak bersetuju dengan ibu ini dan berkata guru terbabit melakukan sesuatu yang tidak beretika selain turut tertanya sama ada parents anak muridnya tahu dengan content dibuatnya.
Dalam pada itu, terdapat segelintir individu yang memihak kepada guru wanita berkenaan dan berkata dia disayangi oleh anak muridnya. Mereka berpendapat perkara itu tidak perlu menjadi isu atau diperbesarkan.
Ada yang berkata sikap seperti ini dianggap selective kerana jika guru lain buat perkara yang sama pasti sudah dikecam tetapi kerana guru ini cantik, tindakannya ‘dibenarkan’.
The post Video Dapat Jutaan ‘Views’, Wanita Persoal Guru Cantik Buat ‘Content’ Tunjuk Anak Murid – “Dia Selongkar Beg ‘Student'” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![Lelaki Pakai Harness Pada Anak Kecil Ketika Solat Dipuji Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)