
Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah, mereka bertanggungjawab dalam membentuk generasi masa hadapan.
Namun, dalam era media sosial ini ramai guru yang menggunakan platform mereka untuk berkongsi kehidupan harian seorang guru, tetapi tidak semua perkara dilihat sesuai untuk dikongsikan.
Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan seorang guru bertindak merakam dirinya sedang spot check beg sekolah pelajarnya ketika ketiadaan mereka, dia menggeledah beg-beg tersebut dan mengeluarkan barangan yang ada.
Tidak cukup dengan itu, guru berkenaan turut dilihat makan snek gula-gula gummy yang berada dalam beg anak muridnya itu.
“Dia dapat izin ke nak buat macam tu?”
Perkara itu sememangnya membuatkan ramai netizen tidak senang duduk, ramai yang beranggapan spot check merupakan sesuatu yang tidak boleh dilakukan tanpa kehadiran murid-murid.
Selain itu, tindakannya mencuri makan makanan yang ada di dalam beg pelajarnya itu sangat tidak sopan dan memberikan contoh yang tidak baik.

Video tersebut tular dimuat naik semula di Twitter selepas pemilik video berkenaan memadam video itu di TikTok, ada juga netizen yang mengutarakan isu ini melalui Twitter kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq dan meminta padangannya.
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan dari mana-mana pihak.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


