[VIDEO] 'Dasar Lelaki Dayus!' - Video Wanita Diterajang Berulang Kali Oleh Seorang Lelaki Cetus Kemarahan

31 Oct 2022 • 12:04 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Tular rakaman video seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk dilibas selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan warganet.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu dilihat beberapa kali menampar muka perempuan terbabit hingga tertolak ke dinding.

Lelaki itu kemudian menyerangnya lagi dengan menendangnya sebelum bertindak menampar muka perempuan itu dengan selipar berkali-kali.

Perempuan itu hanya menangis menahan kesakitan dengan memegang kepalanya di tepi dinding.

Dalam kejadian itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit kerana terlalu ganas.

Malah netizen, turut mengecam individu yang merakam kejadian itu kerana hanya ketawa melihat tindakan lelaki itu.

Setakat ini tidak dipastikan bila kejadian itu berlaku namun lokasi kejadian seperti di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved