![Image from: [VIDEO] ‘Dia main ketuk-ketuk pintu pula…’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tular-viral-seram-pejabat-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan pengalaman seram apabila diganggu bunyi ketukan pintu beberapa kali sewaktu berada di dalam sebuah pejabat kerajaan di Pulau Pinang, dalam kejadian pada 10 September lalu.
Video bunyi ketukan pintu itu dikongsikan pengguna TikTok Asyraf Bakar yang mana ketika itu dia didakwa berada di pejabat seorang diri, manakala kakitangan lain bekerja dari rumah.
Dalam video berkenaan, kedengaran bunyi ketukan pintu dari sebuah bilik dan lelaki tersebut memberanikan diri membuka pintu tersebut, namun tiada individu lain yang berada di situ.
“Tengah aku buat kerja seorang diri kat pejabat Pulau Pinang, dengar orang ketuk pintu. Bangun pi tengok kat pintu depan, tapi tak dak orang pun.
“Aku terus capai telefon nak rakam, sekali ‘real’ dia bagi depan-depan. Pejabat aku kerja ni seram sikit, banyak kali staf sini nampak kelibat.
“Jadi kalau benda pelik-pelik tu memang aku siap sedia rakam siap-siap. Kejadian berlaku hari Khamis minggu sudah 10 September,” katanya pada hantaran tersebut.
Menerusi ruangan komen, lelaki itu menjelaskan, kejadian tersebut bukannya konten, tetapi ia benar-benar berlaku dan dilaluinya sendiri.
“Maaf sya tak dapat nak balas komen satu persatu, apa yang saya kongsi ni benda realiti berlaku. Sebab ada orang kata konten semata-mata, sebab saya di bahagian media sosial, jadi orang anggap ni konten sahaja.
“Saya bukan kaki konten merapu, video TikTok saya banyak pasal review (ulasan), pasal urut, tak percaya okey, saya tak paksa suruh percaya.
“Cuma pada yang kata konten ja ni, saja-saja nak naik view (tontonan), saya nak jemput tuan puan untuk datang rasai pengalaman kat pejabat saya ni,” katanya.
Video itu mendapat pelbagai maklum balas selain ada yang berkongsi pengalaman seram mereka.
“Kalau akak dah lari dulu dik, tak sempat nak tanya siapa tu,” komen Zatiey.
“Kau memang berani bang sebab tu dia saja usik kot. Kau mesti orang yang baik-baik kan,” kata Coqqkodok.
“Weh kuat betul, 10 tahun lepas pun kita kena macam ni, tapi lembut je ketukan dia. Dalam tiga kali macam tu, lepas dengar tu, terus kemas laptop dan balik sebab dah maghrib,” kata Kamal Razali.
“Pejabat lama saya, radio ‘on’ sendiri. Mesin fotokopi ‘on’ sendiri, pengawal keselamatan tidur beralih tempat, bayangan-bayangan. Semua staf tak sanggup nak OT (kerja lebih masa) lebih dari 8 malam,” kata Deena Joseph. – KOSMO! ONLINE
@asyrafbakar_production Tengah aku buat kerja sorang diri kt office Penang, dengar org ketuk pintu, bangun pi tengok kt pintu depan tapi takdak orang pon, aku terus capai handset nak rekod, sekali naa real dia bagi depan2 ..office aku kerja ni seram sikit, banyak kali staff sini nampak kelibat, so kalau benda pelik2 tu memang aku standby rekod siap2. Kejadian berlaku hari khamis minggu sudah 10/9/26 #ketukketukpintu #pulaupinang ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
The post [VIDEO] ‘Dia main ketuk-ketuk pintu pula…’ appeared first on Kosmo Online.





