[VIDEO] Dihempap Dahan Pokok, Penunggang Motosikal & Kanak-kanak Tercampak Atas Jalan

Entertainment
29 May 2024 • 10:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi penunggang motosikal yang membonceng lebih dari satu penumpang di belakang, berhati-hatilah di atas jalan raya kerana bahaya boleh datang secara tiba-tiba.

Tular sebuah video di X memaparkan empat beranak yang menaiki sebuah motosikal kemalangan selepas dihempap sebatang dahan yang patah dekat Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah semalam.

Dalam video berdurasi kurang dari 1 minit itu, dahan pokok yang kelihatan sudah reput tiba-tiba jatuh saat motosikal yang dinaiki empat beranak tersebut melalui kawasan berkenaan.

Tidak dapat mengawal keadaan, motosikal yang dinaiki mereka kemudian terbabas dan mengakibatkan pembonceng wanita serta seorang kanak-kanak perempuan tercampak ke tengah jalan raya.

image is not available

Dalam pada itu, sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang lalu bersebelahan motosikal tersebut difahamkan turut terkena serpihan dahan itu dan sempat memberhentikan keretanya apabila melihat mangsa terjatuh.

Menurut Kosmo, wanita dan kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan itu dipercayai telah mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah susulan mengalami kecederaan ringan di bahagian muka.

Difahamkan mereka juga sedang dalam perjalanan membuat penghantaran makanan.

Menurut sumber polis, sehingga pukul 6 pagi tadi, mangsa masih belum membuat sebarang laporan di balai polis, baik di Kuala Pilah mahupun di Seremban.

Apa-apapun sama-sama kita doakan semoga mangsa cepat sembuh daripada kecederaan.

Sumber: Kosmo, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.