(VIDEO) “Doakan Majlis Kami Dipermudahkan” – Shuib Bagi ‘Teaser’ Bakal Kahwin Dengan Watie Dalam Masa Terdekat?

Entertainment
15 Feb 2023 • 9:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu perkongsian video TikTok daripada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu telah mencuri perhatian warga maya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Shuib yang segak dengan rambut baru ada mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan serta berharap agar ‘majlis mereka’ dipermudahkan.

Ia sekaligus mengundang spekulasi dalam kalangan netizen yang merasakan Shuib dan kekasih, Watie bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Menjengah ke ruangan komen, peminat dan juga rakan artis tampil menitipkan kata-kata serta doa positif buat pelawak itu yang kini sedang mengecap bahagia bersama kekasih tersayang.

Semoga dipermudahkan segala urusan, cepat nikah.

Terdahulu, muncul desas-desus yang mengatakan bahawa Shuib akan bernikah pada bulan Mac yang akan datang bersama seorang wanita bergelar ahli perniagaan.

Namun begitu, dia menafikan khabar angin tersebut tetapi tidak mengenai hubungannya dengan Watie.

Malah, Shuib dan kekasihnya itu dilihat semakin terbuka menunjukkan kemesraan seperti makan malam dan menonton konsert bersama-sama, sekaligus mengiyakan gosip antara mereka berdua.

image is not available 2 minggu lalu

"Boleh Ke Jadi Mak Kepada Anak-Anak Shuib Tu??" - Pergi Konsert Sedondon Bersama Shuib, Netizen Tak Habis Lagi 'Bitter' Dengan Watie?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved