[VIDEO] Doktor Jelaskan Kenapa Perlu Buat Bedah Siasat Walau Dah Tahu Meninggal Dunia Sebab Kemalangan

Entertainment
26 Apr 2024 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selasa lalu, negara dikejutkan dengan nahas udara yang meragut 10 nyawa apabila dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.

Dalam pada ramai yang berasa pilu dengan nasib yang menimpa wira negara, ada segelintir individu yang mempersoalkan kenapa perlu melakukan proses bedah siasat walaupun laporan rasmi menyatakan kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat nahas terbabit.

image is not available

Bagi menjawab persoalan itu, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Alpha Zaki tampil menjelaskan sebab perlunya melakukan proses bedah siasat ke atas semua mangsa.

Tak boleh tulis meninggal disebabkan kemalangan

Katanya, bedah siasat perlu dilakukan bagi membuktikan punca sebenar kematian untuk dimasukkan ke dalam sijil mati yang bakal dicetak.

“Untuk keluarkan sijil mati tidak boleh tulis disebabkan kemalangan atau kebakaran. Post-mortem atau bedah siasat perlu untuk keluarkan punca kematian sebenar secara perubatan,” jelasnya

Jelasnya, apabila berlaku kemalangan pelbagai perkara boleh berlaku. Contohnya, kecederaan otak yang sangat teruk yang mungkin puncanya disebabkan jatuh terhantuk atau benda berat jatuh atas kepala sehingga membawa kepada kematian.

Tambahnya, proses bedah siasat dilakukan bukanlah disebabkan ada unsur jenayah atau unsur khianat ke atas mangsa.

“Itu adalah untuk mencari punca kematian yang sebenar sebab kena letak diagnosis perubatan dalam sijil mati. Itu sahaja,” katanya.

Kata doktor lagi, punca sebenar kematian adalah penting untuk dikenal pasti kerana sijil mati yang akan dikeluarkan berfungsi untuk pelbagai perkara contohnya, hal sambung belajar, permohonan biasiswa, persekolahan anak, tuntutan insuran dan pelbagai lagi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.