(VIDEO) “Dunia Ni Adalah Satu Pentas, Selagi Pentas Ni Berlegar..” – Netizen ‘Cringe’ Dengar Jawapan Amir Ahnaf

19 Apr 2023 • 2:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pelakon baharu, Amir Ahnaf kini sedang meraih populariti menerusi watak lakonannya Kahar dalam drama bersiri Projek High Council.

Terkini, Amir sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila video temu bualnya bersama pelakon dan pengacara, Amelia Henderson tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, Amelia telah bertanya mengenai perkara apa yang paling ditakutinya di dalam dunia ini.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah jawapan yang diberikan oleh pelakon berusia 23 tahun itu.

I takut orang doh, manusia. Sebab manusia ni sangatlah bijak. Depan macam tu, dalam kita tak tahu.

Susulan itu, jawapan yang diberikan Amir telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai sehingga meraih 1.6M tontonan dan 10.6K tanda suka di laman Twitter.

Meninjau di ruangan balas, ada netizen yang berasa ‘cringe’ dengan jawapan Amir sehingga ramai yang turut memerhati reaksi wajah Amelia yang seolah-olah ‘speechless’ mendengar jawapan tersebut.

image is not available

Namun, ada juga segelintir peminat yang bersetuju dengan kenyataan bekas Hero Remaja itu dan mempersolakan mengapa dia sering menjadi bahan kecaman netizen.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hari lalu

Gadis Dikritik Obses, Berikan 100 Sebab Sukakan Amir Ahnaf - "Gigi Dia, Rambut Dia, Bibir Dia, Pandai Baca Quran..."