[VIDEO] Ebit Lew Beri Kereta Pada Ibu Tunggal Viral Kerja Rider Sambil Bawa Anak Buta

Entertainment
4 Nov 2022 • 2:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa je yang tak kenal pendakwah viral, Ebit Lew kan? Dia terkenal dengan tindakannya yang selalu menghulurkan bantuan kepada masyarakat.

Walaupun masih ada beberapa kes kontroversi mengenai dirinya, tetapi dia tidak pernah berhenti untuk membantu mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai rider penghantar makanan sambil membawa anaknya yang cacat pengelihatan telah meraih perhatian warganet.

Oleh itu, Ebit Lew telah pun menghubungi wanita tersebut dengan tujuan untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak oku buta….

Posted by Ebit Lew on Thursday, November 3, 2022

 

Melalui akaun media sosial Intagramnya, pendakwah bebas itu telah pergi berjumpa dengan Azimah dan anaknya. Selepas membawa mereka makan, Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kereta sebagai kejutan buat ibu tunggal tersebut.

Dalam posting yang sama juga, Ebit Lew telah mengatakan pada 11 bulan lalu mereka telah cuba mencarikan rumah dan bayarkan sewa bulanan rumah wanita itu dan anak kecilnya sehingga kini.

Dia juga telah cuba untuk mencarikan pengasuh buat anak istimewa itu, namun si kecil itu sangat aktif dan tidak mahu bersama orang lain.

“Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.”

Azimah turut memberitahu yang arwah ibunya teringin untuk berjumpa dengan Ebit Lew dan mendoakannya setiap hari.

Selain menjadi rider penghantar makanan, ibu tunggal ini juga mengambil tempahan membuat mee kari dan laksa.

image is not available

“Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.”

Sebak hati bila tengok pengorbanan ibu tunggal ni, semoga hadiah yang diberikan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh wanita itu..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.