Video Erysha Emyra Elak Lelaki Pegang Belakang Raih Perhatian - “Bagus Macam Ini, Nak Kena Sentuh Terus Elak”

16 Aug 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di TikTok sebuah video memperlihatkan pelakon Erysha Emyra menepis seorang lelaki yang mencuba untuk memegang belakangnya.

Aksi tarian singa

Menerusi video tersebut, leleki tersebut mencuba untuk memegang belakang Erysha ketika itu mahu melompat ke atas kerusi untuk membuat aksi tarian singa.

 

Bagaimanapun, Erysha kemudian menarik tangan seorang wanita dibelakangnya untuk membantunya melakukan aksi tersebut.

 

Rata-rata netizen memuji tindakan pelakon drama Cinta Untuk Sekali Lagi ini menepis lelaki berkenaan.

 

“Bagus macam ini, nak kena sentuh terus mengelak. Ada orang kena sentuh makin suka.

 

“Good la Ersyha, pandai jaga diri.

 

“Bagus dik… jaga diri okay,” antara komen-komen daripada netizen.

 

Sehingga kini, video yang dimuat naik di akaun TikTok bernama khey’gamings2 itu sudah mendapat lebih 5 juta tontonan, 137,000 tanda suka dan 50 komen.