(VIDEO) “F*ck You, Malaysia” – Hina Negara & MH370, Pelawak Singapura Anggap Netizen Terlalu Serius

7 Jun 2023 • 2:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pelawak dari Singapura dikenali sebagai Jocelyn Chia telah menerima kecaman hebat terutama daripada netizen Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, Chia dilihat sedang membuat persembahan stand-up comedy di pentas Comedy Cellar di USA.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila pelawak itu mula membuat perbandingan antara Singapura dan Malaysia.

Malah, Chia turut mengungkit sejarah mengenai pemisahan Singapura yang kini jauh lebih maju dari negara Malaysia yang masih membangun.

Bukan itu sahaja, pelawak itu turut mengaitkan kes misteri kehilangan pesawat MH370 dalam lawak jenakanya.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang kemarahan orang ramai terutama rakyat Malaysia yang mengecam pelawak berkenaan.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, Chia menganggap ramai yang terlalu mengambil lawak jenakanya dengan terlalu serius.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Dah Lama Saya Diam.." - Artis Lelaki Malaysia Didakwa Hamilkan Kekasih, Siap Paksa Gugurkan Kandungan