[VIDEO] Gelagat ‘Angkasawan’ Jejak Kaki Di Jalan Sabah Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi

30 Jul 2022 • 9:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berjalan perlahan seakan-akan di permukaan bulan

[VIDEO] Gelagat ‘Angkasawan’ Jejak Kaki Di Jalan Sabah Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi. Satu klip video tular di Facebook memaparkan seorang individu sedang berjalan seakan-akan di atas permukaan bulan.

Menurut hantaran di Facebook mengatakan video yang tular itu berlaku di Sabah, Malaysia.

image is not available
[VIDEO] Gelagat ‘Angkasawan’ Jejak Kaki Di Jalan Sabah Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi. Sumber: FB Rey Silver Prince

‘Creative betul orang Sabah’ – netizen

Video yang berdurasi seminit 40 saat itu memaparkan seorang individu berseragam lengkap menyerupai angkasawan sedang berjalan di atas jalan raya yang berlubang dan tidak rata.

Apa yang lebih menarik, tindakan individu di dalam klip video tersebut adalah untuk memerli pihak berkuasa yang tidak bertindak menyelesaikan masalah keadaan jalan raya yang teruk di negeri itu.

Netizen puji tindakan individu dalam klip video

Kebanyakan netizen di ruangan komen turut memberi reaksi mengatakan tindakan individu tersebut adalah kreatif dan bersetuju keadaan jalan raya di negeri itu amat menyedihkan.

image is not available
Sumber: Facebook Rey Silver Prince

image is not available
[VIDEO] Gelagat ‘Angkasawan’ Jejak Kaki Di Jalan Sabah Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi. Sumber: Facebook Rey Silver Prince

image is not available
Sumber: Facebook Rey Silver Prince

image is not available
[VIDEO] Gelagat ‘Angkasawan’ Jejak Kaki Di Jalan Sabah Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi. Sumber: Facebook Rey Silver Prince

Sememangnya jalan berlubang ini bukanlah isu baharu dan sudah menjadi kebiasaan bukan sahaja rakyat Sabah, malah di Sarawak juga turut mengalami masalah yang sama.

Walaupun rakyat marhaen hanya mampu bersuara melalui klip video yang mengandungi nasihat, diharap pihak berwajib dapat segera baik pulih jalan raya di negeri ini.

Sebelum ini juga pernah tular jalan raya berlubang di Sandakan-Telupid. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menerima kecaman daripada pengguna jalan raya setelah beliau mengumumkan bahawa tidak akan membaikpulih jalan Sandakan-Telupid sejauh 6.4 km itu. Baca lebih lanjut di bawah: